JOM TUKAR RENTAK HIDUP!!!





Salam buat Sahabat2ku..
كل عام وأنتم إلى الله أقرب

"Moga setiap tahun kamu semakin dekat kepada Allah"


Setelah masuknya bulan Muharram,

kini kita telah menjejaki awal bulan dalam kelender hijrah ,

Dan bila sebut pasal Muharram ni..

maka, kita tidak lari dari peristiwa yang dianggap penting iaitu,

peristiwa hijrah Nabi saw..



Satu lagi, mengenai hal peristiwa hijrah nabi ini, untuk pengetahuan bersama,

ada pendapat yang mengatakan ia tidak berlaku pada bulan muharram

Hal ini kerana,


Menurut para pengkaji Sirah Nabi s.a.w, hijrah berlaku dalam Bulan Rabi’ul Awwal, bukan Bulan Muharram. Ini disebut dalam pelbagai riwayat. Sebuah karya kajian sirah Nabi s.a.w yang mendapat anugerah dan pengiktirafan besar dalam dunia Islam iaitu al-Rahiq al-Makhtum karangan al-Syeikh al-Mubarakfuri telah menyimpulkan bahawa Nabi s.a.w keluar dari rumah baginda ke rumah Abu Bakar al-Siddiq pada malam 28 haribulan Safar, tahun ke empat belas selepas menjadi rasul. Dari situ, baginda bersama Abu Bakar ke Gua Thur. Mereka berdua berada dalam gua tersebut selama tiga malam. Pada hari pertama bulan Rabiul Awwal baginda dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur lalu memulakan hijrah ke Yathrib (Madinah). Mereka dipandu oleh Abdullah bin ‘Uraiqit. Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, Nabi s.a.w sampai ke Quba. Baginda berada di Quba selama empat hari dan mengasaskan Masjid Quba. Pada 12 Rabiul Awwal, selepas solat Jumaat, barulah baginda memasuki Yathrib yang kemudian dinamakan Madinah. Inilah kesimpulan yang diambil dari pelbagai riwayat serta catatan ahli sejarah dan hadis. (lihat perincian: al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum, 163-172. Beirut: Muassasah Fuad).


Dan apa yang perlu diketahui tentang muharram ini adalah :-

Bulan Muharram adalah bulan pertama yang dipilih oleh Saidina ‘Umar bin al-Khattab untuk kiraan bulan bagi tahun hijrah. Maksudnya, dua belas bulan dalam satu tahun, Saidina ‘Umar al-Khattab r.a. membuat keputusan untuk memilih Muharram sebagai bulan pertama bagi tahun Hijrah.


Saudara saudari yang dikasihi Allah,

walaubagaimanapun, perlu kita sedari bahawa setiap saat, dan setiap tahun yang kita lalui kehadapan, menzahirkan kepada kita bahawa umur kita juga turut berganjak kehadapan.. yang mana tidak kita ketahui bila tarikh penghujung bagi tahun dan umur kita..
Dan pelbagai bentuk cabaran dilalui dalam perjuangan hidup, ada yang berjaya, ada yang gagal dan kecewa..




Maka, dalam hal ini, sudah tentu kita mahukan kepada perubahan kepada yang lebih baik..


tapi, bagaimana?? adakah cukup dengan perbaiki survival kehidupan dunia sahaja??


Saudara, ingatlah..

bahawa umur kita ada tarikh hujungnya, tarikh penutupnya dan tarikh luputnya..

dan lembaran hidup akhirat pula dibuka untuk kita tanpa had waktu.. bahkan selama2nya..




Kalau hari ini, kita daftar nombor UPAX yang mana tarikh luputnya sehingga umur 25.. lama

jugak tu.. Tak kan hidup kita nak pilih pada temph yang singkat.. betul tak??




sudah tentu pilih kehidupan yang paling lama..



Oleh itu, mengapa tidak kita pilih Akhirat sebagai kehidupan yang utama??


Ambillah pada dunia itu sebagai tempat kita prepare untuk akhirat..


Dan Ayuh kita bina semula kehidupan Gaya Hidup Islam mulai sekarang, jangan tunggu tahun baru atau atahun depan..kerana...


INGAT!!!


KEMATIAN MENJEMPUT PADA BILA-BILA MASA SAHAJA,


AYUH!! KITA TUKAR RENTAK HIDUP KITA ke arah GAYA HIDUP ISLAM!!


INILAH HIJRAH KITA!!


CEPAT!! Selagi STOK UMUR masih ADA!!..


Ingat! kuasa hijrah perlu ada pada setiap MUSLIM kerana ia adalah kuasa terhebat dalam pembinaan tamadun dan Generasi Islam terunggul.
Mudah-mudahan islamic brainstorming yang sedikit ini dapat sama dijadikan muhasabah bersama-sama buat sahabat-sahabatku..



Wallahu'alam..


Wainnallaha bihi 'aleem..

No comments:

Post a Comment