JOM TUKAR RENTAK HIDUP!!!
Salam buat Sahabat2ku..
كل عام وأنتم إلى الله أقرب
"Moga setiap tahun kamu semakin dekat kepada Allah"
Setelah masuknya bulan Muharram,
kini kita telah menjejaki awal bulan dalam kelender hijrah ,
Dan bila sebut pasal Muharram ni..
maka, kita tidak lari dari peristiwa yang dianggap penting iaitu,
peristiwa hijrah Nabi saw..
Satu lagi, mengenai hal peristiwa hijrah nabi ini, untuk pengetahuan bersama,
ada pendapat yang mengatakan ia tidak berlaku pada bulan muharram
Hal ini kerana,
Menurut para pengkaji Sirah Nabi s.a.w, hijrah berlaku dalam Bulan Rabi’ul Awwal, bukan Bulan Muharram. Ini

Dan apa yang perlu diketahui tentang muharram ini adalah :-
Bulan Muharram adalah bulan pertama yang dipilih oleh Saidina ‘Umar bin al-Khattab untuk kiraan bulan bagi tahun hijrah. Maksudnya, dua belas bulan dalam satu tahun, Saidina ‘Umar al-Khattab r.a. membuat keputusan untuk memilih Muharram sebagai bulan pertama bagi tahun Hijrah.
Saudara saudari yang dikasihi Allah,
walaubagaimanapun, perlu kita sedari bahawa setiap saat, dan setiap tahun yang kita lalui kehadapan, menzahirkan kepada kita bahawa umur kita juga turut berganjak kehadapan.. yang mana tidak kita ketahui bila tarikh penghujung bagi tahun dan umur kita..
Dan pelbagai bentuk cabaran dilalui dalam perjuangan hidup, ada yang berjaya, ada yang gagal dan kecewa..Maka, dalam hal ini, sudah tentu kita mahukan kepada perubahan kepada yang lebih baik..
tapi, bagaimana?? adakah cukup dengan perbaiki survival kehidupan dunia sahaja??
Saudara, ingatlah..
bahawa umur kita ada tarikh hujungnya, tarikh penutupnya dan tarikh luputnya..
dan lembaran hidup akhirat pula dibuka untuk kita tanpa had waktu.. bahkan selama2nya..
Kalau hari ini, kita daftar nombor UPAX yang mana tarikh luputnya sehingga umur 25.. lama
jugak tu.. Tak kan hidup kita nak pilih pada temph yang singkat.. betul tak??
sudah tentu pilih kehidupan yang paling lama..
Oleh itu, mengapa tidak kita pilih Akhirat sebagai kehidupan yang utama??
Ambillah pada dunia itu sebagai tempat kita prepare untuk akhirat..
Dan Ayuh kita bina semula kehidupan Gaya Hidup Islam mulai sekarang, jangan tunggu tahun baru atau atahun depan..kerana...
INGAT!!!
KEMATIAN MENJEMPUT PADA BILA-BILA MASA SAHAJA,
AYUH!! KITA TUKAR RENTAK HIDUP KITA ke arah GAYA HIDUP ISLAM!!
INILAH HIJRAH KITA!!
CEPAT!! Selagi STOK UMUR masih ADA!!..
Ingat! kuasa hijrah perlu ada pada setiap MUSLIM kerana ia adalah kuasa terhebat dalam pembinaan tamadun dan Generasi Islam terunggul.
Mudah-mudahan islamic brainstorming yang sedikit ini dapat sama dijadikan muhasabah bersama-sama buat sahabat-sahabatku..
Wallahu'alam..
Wainnallaha bihi 'aleem..